jom buat duit..beLAJAR DARI maWARDEE JOM22

Wednesday, April 29, 2009

Bagaimana Quantum Pendant Boleh Meningkatkan Libido (Tenaga Seksual)

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog 1001cures.biz,

Selamat hari raya kepada anda semua dan sentiasalah berhati-hati di jalan raya..sudah pasti ramai yang telah kembali ke tempat kerja masing-masing. Pada kali ini saya ingin mengulas sedikit tentang kehebatan quantum pendant meningkatkan keupayaan ‘libido’ atau tenaga seksual kaum lelaki. Hehehe..bila sebut pasal tenaga seksual saya jamin mata kaum adam akan terbeliak dan kalau tak terbeliak pun telinga akan di pasang luas2. Maklumlah, senjata utama..siapa tak sayang.

Maka sudah tepatlah saluran ulasan saya pada kali ini, iaitu bagaimana tenaga seksual lelaki boleh di tingkatkan dengan menggunakan quantum pendant yang merawat melalui medium tenaga. Apabila di fikir2kan balik..dari mana datangnya syahwat?..sudah pastinya daripada tenaga kan?..maknanya ghairah seksual adalah merupakan satu bentuk tenaga yang di hasilkan oleh badan kita apabila kita mendapat ransangan daripada mana-mana sumber. Maka kesimpulannya, keinginan seksual yang lemah adalah berpunca daripada kekurangan atau kelemahan tenaga yang mencetuskan ghairah seks.

Maka bertepatanlah dengan fungsi quantum pendant yang meningkatkan aliran tenaga di dalam badan manusia.

Saya belum lagi mengulas tentang 7 pusat tenaga yang terdapat pada tubuh badan manusia. Mmm..saya akan menjelaskan secara ringkas sahaja kerana pada ‘post’ kali ini saya mahu fokus kepada tenaga seksual. Secara mudahnya badan manusia mempunyai 7 pusat tenaga yang di kenali sebagai ‘chakra’ atau dalam bahasa melayu di terjemahkan sebagai ‘piring’ atau ‘putaran tenaga’. Ketujuh-tujuh pusat tenaga ini terletak dari hujung rambut sampai lah ke hujung tulang ‘sulbi’.

Chakra’ atau pusat tenaga badan manusia.

Sememangnya amat panjang lebar untuk di terangkan berkenaan ketujuh-tujuh pusat tenaga berkenaan. Tetapi saya hanya akan menerangkan secara ringkas sahaja. Setiap pusat tenaga tersebut mempunyai nama dan panggilan tersendiri, yang paling uniknya mereka di bahagikan kepada kategori warna-warna tertentu.

1. Ungu atau Putih – Mewakili bahagian kepala hingga ke bahagian luar kepala. kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar pituitari yang berfungsi mengawal semua kelenjar hormon dalam badan manusia. Gangguan tenaga pada bahagian ini boleh menyebabkan barah otak, migraine, gangguan mental, lemah fikiran dan sebagainya.

2. indigo – Juga di kenali sebagai ‘mata ketiga’, berada di antara 2 kening. Kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar Pineal yang berfungsi mengawal pengeluaran hormon melatonin ke dalam darah manusia. Hormon ini mengawal tahap kesilauan mata anda. Gangguan pada bahagian ini boleh menyebabkan anda mengalami masalah untuk tidur, pening kepala kerana silau, migrain, katarak, rabun dan sebagainya.

3. Biru – Mewakili bahagian leher dan halkum. Pusat tenaga yang berkaitan dengan keupayaan komunikasi dan pertumbuhan manusia. Kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar Tyroid yang terletak pada halkum yang berfungsi merembeskan hormon thyroxine, triiodothyronine dan calcitonin ke dalam darah manusia. Hormon-hormon tersebut berfungsi mengawal kadar metabolisma badan manusia dan mengawal pertumbuhan tubuh badan. Gangguan tenaga pada bahagian ini boleh menyebabkan penyakit lemah tenaga, gout, gangguan perkembangan fizikal seperti terencat (terlalu kurus), obesiti (kegemukan), beguk (pada leher) dan sebagainya.

4. Hijau – Mewakili bahagian dada, paru-paru, jantung dan hati. Kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar Thymus yang terletak betul-betul di belakang tulang dada. Berfungsi merembeskan hormon yang mengaktifkan sel-sel T. Sel-sel T adalah sel yang mengawal serangan unsur luaran di dalam badan manusia. Sel-sel inilah yang memainkan peranan penting menjadi benteng kepada serangan penyakit. Paling mudah di fahami di kenali sebagai antibodi. Virus HIV menyerang sel-sel T ini yang menyebabkan sistem daya tahan terhadap penyakit menjadi tidak berkesan. Akhirnya pesakit akan mati kerana penyakit-penyakit yang ringan seperti selsema, demam dan sebagainya. Gangguan tenaga pada bahagian ini boleh menyebabkan stress, tekanan perasaan, penyakit jantung, asma, penyakit hati, darah tinggi, strok, penyakit berkaitan darah, barah dan lain-lain.

5. Kuning – Mewakili bahagian sekitar perut. Pusat tenaga ini terletak pada bukaan laluan masuk makanan ke dalam perut. Kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar adrenal yang berada di atas kedua-dua belah buah pinggang dan kelenjar pankreas yang berada berdekatan dengan hati (ulu hati). Kelenjar adrenal berfungsi merembeskan hormon adrenalin ke dalam aliran darah manusia. Hormon tersebut berfungsi mengawal tindak balas tubuh badan manusia apabila berada dalam keadaan ketakutan. Hormon ini lah yang mampu menyebabkan seseorang itu lari lebih laju daripada anjing apabila berada dalam saat genting di kejar oleh anjing. Namun begitu, kehadiran hormon adrenalin yang terlalu banyak di dalam aliran darah menyebabkan manusia mengalami penyakit gugup dan gementar atau darah gemuruh. Selalunya dapat di lihat pada keadaan tangan yang menggeletar dan berpeluh-peluh. Kelenjar pankreas pula berfungsi merembeskan hormon insulin ke dalam darah sebagai pengimbang kandungan gula di dalam darah. Gangguan aliran tenaga pada bahagian ini boleh menyebabkan banyak penyakit seperti kencing manis, hilang keyakinan diri, gementar yang melampau, gangguan usus (kecil dan besar), penyakit buah pinggang, batu karang, gastrik, ulser perut, darah tinggi dan sebagainya. Sebab itu ada hadis yang mengatakan ‘perut adalah tempat bersarangnya segala penyakit’.

6. Jingga (oren) – mewakili bahagian ‘sacrum’ atau tulang pinggang (tengah) yang menghala ke tulang sulbi. Kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar ovari (perempuan) dan testis (buah zakar lelaki). Kedua-dua kelenjar tersebut berfungsi mengeluarkan hormon seksual ke dalam aliran darah manusia yang mengawal tahap kesuburan,sifat jantina, kreativiti, emosi dan peredaran mood manusia. Gangguan aliran tenaga pada bahagian ini boleh menyebabkan penyakit ketidaksuburan, keputihan, sukar dapat anak, emosi terganggu, penurunan tahap keinginan seksual, sperma yang lemah dan sebagainya.

7. Merah – Mewakili bahagian di antara bawah organ seks (zakar dan faraj) dan lubang dubur. Kawasan tersebut di kenali sebagai ‘perrineum’. Walaupun pada kawasan ini tidak mempunyai kelenjar hormon tetapi terdapat otot yang amat penting untuk tujuan seksual. Otot tersebut di kenali sebagai ‘Pubococcogeus’ yang merupakan otot kemut. Cuba anda lakukan latihan kemutan ini untuk memastikan tahap kekuatan tenaga yang akan di salurkan ke organ seksual anda benar-benar mencukupi. Tarik nafas, rapatkan kaki dan kemutkan otot tersebut (lakukan seperti menahan rasa nak kencing) tahan selama 3-5 saat atau dalam kiraan 10. Ulang latihan ini sebanyak 10 kali. Anda akan mendapati organ seksual berasa lebih hangat berbanding sebelumnya (praktikal untuk lelaki dan perempuan). Kegagalan atau gangguan aliran tenaga pada bahagian ini menyebabkan tahap keinginan seksual dan ghairah menurun, pancutan awal (bagi lelaki), ngilu pada alat kemaluan semasa hubungan seks, zakar gagal tegang dalam jangka masa yang lama, sukar tegang, memakan masa untuk tegang semula, tahap tegang yang lemah, laluan kemaluan menjadi longgar(perempuan), terlalu banyak air (pelincir kemaluan perempuan), sukar untuk mancapai puncak (bagi perempuan) dan sebagainya.

Gambarajah kelenjar-kelenjar hormon di dalam badan manusia.


Fuyyooo..

Baru penerangan secara ringkas tapi dah penat jari-jari ni menaip. Yang saya nak fokuskan adalah pusat tenaga yang bernombor 6 & 7 iaitu yang berwarna jingga dan merah. Fungsi quantum pendant adalah amat penting untuk membaiki dan meningkatkan aliran tenaga terus kepada kelenjar dan otot yang berkenaan. Berdasarkan daripada pengalaman seksual beberapa pengguna quantum pendant (pelanggan 1001cures.biz), mereka menyifatkan pemakaian quantum pendant sebelum melakukan hubungan seks meningkatkan tahap keinginan seksual dan ghairah. Manakala, pemakaian quantum pendant semasa hubungan seks meningkatkan masa melakukan seks (tahan lama) berbanding sebelum pemakaian, alat kelamin juga mudah tegang dan tahap ketegangan juga lebih baik berbanding sebelumnya.

Secara kesimpulannya, Quantum pendant membantu masalah seksual dengan meningkatkan tahap tenaga yang di perlukan sebelum dan semasa melakukan hubungan seks.

Persoalan Masa Depan

cip dalam otak

Hari Isnin yang lalu saya mendapat email bertanyakan soalan yang memeningkan kepala saya. Saya meminta tempoh selama satu minggu daripada si penanya.

“Saya minta tempoh seminggu ye. Dalam minggu saya agak padat dengan aktiviti” balas saya ringkas.

Capek.

Assalamualaikum

Mohon penjelasan tentang hukum:

1. Menanam cip komputer dalam otak manusia bertujuan meningkatkan keupayaan fungsi otak (bukan kerana sakit)
2. Apa yang perlu dibuat terhadap cip di dalam otak jika individu tersebut meninggal dunia

wassalam

Hari ini genap tempoh seminggu yang saya minta. Apapun cara saya perlu jawab dengan kadar kemampuan saya segala persoalan tersebut.

“Bismillah” Perkataan pertama saya sebelum jari ini mula menekan butang key board komputer ini.

Berikut adalah jawapan dengan kadar kemampuan yang ada, dengan kadar ilmu yang secetek, semoga mampu memberikan ketenangan kepada yang memerlukan.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan solawat serta salam atas junjungan Baginda SAW. Wa ba’du

Saya bersetuju dengan pandangan yang mengatakan al-ashlu fil asy ya’ al-ibahah hatta shorrofathu ad-dalil ‘an zhalik. Dan sekarang persoalan yang dikemukakan adalah isu yang baru yang perlu istidlalkan daripada al-Quran dan Hadith.

Saya berpandangan perbuatan tersebut adalah TERLARANG (samada sekurang-kurangnya makruh atau haram). Dalil:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (at-Tiin:4)

Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;

Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: “Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah“. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. [an-Nisa’:120]

Dalam tafsir al-Qurthubi (2/2050),Ibn Kathir (1/556) danbeberapa kitab tafsir yang lain membahagikan 3 pendapat berkenaan mengubah ciptaan Allah.

1) Seperti yang dinyatakan dalam makna zahir.

2) Mengubah fungsi sesuatu dengan menjadikan sebagai bahan sembahan.

3) Mengubah hukum asal (tahlil al-haram au tahrim al-halal).

Hadith

Di sana ada banyak hadith yang melarang mengubah ciptaan Allah antaranya :

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA berkata Allah SWT melaknat orang yang

1) mantatu ataupun orang yang minta ditatukan kulitnya,

2) orang yang menyambung rambutnya (dengan rambut orang lain) dan orang yang minta disambungkan.

3) Orang yang merenggangkan giginya untuk tujuan kecantikan yang mengubah kejadian asal kejadian Allah.

(riyadhus solihin min hadith sayyidil mursalin lil Imam an-Nawawi)

Rujukan: Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam (Thesis MA di Fakulti Darul ‘Ulum, Universiti Kaherah) Oleh al-Fadhil Ahmad Dahlan bin Salleh.

AKAL DAN CIP

gambar

Dalam buku Reader’s Digest, Making The Most Of Your Brain menyatakan semasa dilahirkan jumlah sel-sel otak mencecah 100 bilion dan setiap sel pula mempunyai 1000 tempat di mana ia dapat berhubung dengan sel-sel otak yang lain.

Apabila individu mencecah umur 20-75 tahun lebih kurang 50,000 sel otak mati setiap hari. Jumlah ini adalah amat sedikit sekiranya dibandingkan dengan jumlah sel yang ada dalam otak manusia dan ia tidak akan menjejaskan sudut intelek manusia walaupun dengan peningkatan umur.

Mengikut Kajian Otak UCLA, potensi otak adalah tidak terbatas. Ia mempunyai kekuatan untuk mencipta,menyimpan dan mempelajari apa jua yang dikehendaki oleh manusia.

Dr Ivan Yefremov, tokoh akademik dari Rusia otak kita mampu untuk menghafal satu set ensiklopedia daripada A-Z, mampu mempelajari 40 bahasa dan mampu menamatkan berpuluh-puluh kursus-kursus yang dianjurkan oleh berpuluh-puluh kolej.

(7 Formula Individu Cemerlang Dr Danial Zainal Abidin)

Dari itu, apakah cip yang kita ingin tanamkan dalam otak kita mempunyai kekuatan seperti ini?

TINGKATKAN KUALITI OTAK MELEBIHI CIP

dr

1) Peter Russel dalam bukunya The Brain Book mengatakan otak manusia akan beroperasi 7 kali lebih cepat dan 14% lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah.(pen-sujud)

2) Win Wenger dalam bukunya How to Increase Your Intelligence mengatakn cara untuk meningkatkan keupayaan otak ialah dengan melakukan upside down activities. (pen-sujud).

3) Meditasi (‘islami’ iaitu solat yang khusyu’) mampu untuk mengawal tekanan dan menjadikan seseorang itu tenang dan ceria. Ini adalah pendapat Dr Herbert Benson dalam bukunya The Relaxation Response.

4) Dr Gregg Jacobs dari Fakulti Perubatan Harvard mengatakan semasa bermeditasi aktiviti di bahagian frontal Lobe (yang bertugas merancang, perasaan dan kesedaran)akan tidak aktif dan aktiviti di parietal Lobe (penerimaan maklumat dan emmberi kesedaran tentang masa dan ruang) berkurangan. Otak ketika ini menjadi pasif seolah-olah sedang bersatu dengan alam semesta.

5) Dan banyak lagi. Maklumat tambahan boleh di dapati di dalam buku Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin dan buku Solat and Science (satu projek yang dilakukan oleh 3 orang saintis dari UM dan diterbitkan oleh INTEL MEDIA PUBLICATION- kalau tak silap)

Dan banyak lagi. Boleh dirujuk dalam buku yang disebut.Masalah kita yang sebenar ialah tidak menerokai kekuatan otak kita bukan kerana otak@akal kita lemah.

PERBANDINGAN

Kenapa saya mengatakan perbuatan tersebut TERLARANG bukan haram. Ini kerana hukum terlarang membawa thalab at-tark yang boleh diihtimalkan samada HARAM LIZATIHI atau HARAM LIGHAIRIHI atau boleh membawa kepada MAKRUH atau MAKRUH TAHRIMI (yang boleh kita aplikasikan pandangan mazhab Abu Hanifah dalam masalah ini).

Pada yang mengatakan harus barangkali akan mempertimbangkan dari sudut MASLAHAH.

Di sana perlu untuk diberikan penekanan bahawasanya maslahah terbahagi kepada 3:

1) MASLAHAH MU’TABARAH:Sekiranya menepati arahan nash dan kehendak maqasid an-nushush.

2) MASLAHAH MULGHAH: Sekiranya bercanggah dengan nash atau maqasid asy-syariah.

3) MASLAHAH MURSALAH: Tidak bercanggah dengan nash atau maqasid syariah. Ia bergantung kepada ijtihad mujtahid.

- Pada maslahah Mursalah terbahagi kepada 2 bahagian:

o Maslahah Mursalah muhaqqaqah /muakkadah: iaitu kemaslatahan yang PASTI akan diperolehi sekiranya dilaksanakan perkara tersebut.

o Maslahah Mursalah ghair muhaqqaqah /muakkadah: iaitu kemaslahatan yang TIDAK PASTI akan diperolehi sekiranya dilaksanakan perkara tersebut.

Dari itu, penanaman cip ke dalam otak berada pada maslahah mursalah yang mana. Pastinya BUKAN maslahah Mu’tabarah, mungkin bukan maslahah Mulghah kerana tiada dalil yang mengatakannya haram dan besar kemungkinan ia berada dalam Maslahah Mursalah.

Cumanya, adakah kita boleh confirmkan SECARA PASTI bahawasanya dengan menanam cip itu tidak akan ada side effect dan ia PASTI akan menguatkan akal kita?

Dalam satu artikel dalam majalah ASIAWEEK tahun 2004 @ 2005 (tak ingat) mengatakan bahawasanya manusia dianugerahkan kekuatan akal yang sama,Cuma yang membezakan ialah cara ‘mengasahnya’ dan menggunakannya.

Sekiranya beralasankan untuk menguatkan kekuatan akal, siapakah yang menciptakan cip tersebut? Bukankah akal dan otak manusia.

Wallah a’lam

Saya memohon teguran daripada pada syuyukh ilmi sekiranya ada salah dan silap dalam pandangan saya ini. Semoga majlis ilmu ini akan meriah.

Al-Faaqir fi al-‘ilm

Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh

Pensyarah di International Education Centre (INTEC), UiTM Shah Alam.

http://ridhauddin.com

-Nikmatnya Tidur..-

Diriwayatkan daripada Barra bin ‘Azib r.a:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

“Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid.

Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaikTidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.


..Tidurlah dengan sihat agar diri terjaga dan kita dapat melakukan ibadah kepadaNya..

-SOLAT BOLEH RAWAT PENYAKIT KRITIKAL-

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh — Berita Minggu

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. “Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. “Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. “Ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya. Dalam kajian ini, kata beliau model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.” Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. “Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya. Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. “Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

http://nurspecial.blogspot.com/search/label/**Sains%20dan%20Islam%20penguat%20Iman**

Kenapa Dahi Penting saat Wudlu dan Sujud ???


Allah SWT berfirman tentang Abu Jahal, ‘sebuah’ simbol musuh Rasul dan Islam, dalam surat Al-Alaq: 15-16.

كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعاً بِالنَّاصِيَةِ

نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ

Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya1592,
(yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

Sebetulnya secara etimologi, kata nashiyah (نَّاصِيَةِ) (Inggris: forelock) adalah bagian-bagian yang tumbuh rambut di bagian dahi. Menurut Al Faraa: pada bagian dahilah Allah akan menangkap Abu Jahal. Sementara Al-Alousi berkomentar: dahi disebutkan dalam ayat di atas untuk mempertegas bahwa orang ini (Abu Jahal) adalah penuh kebohongan dan dosa. Karena kebohongan dan dosa Abu Jahal inilah semua bagian tubuhnya adalah bohong dan dosa. Al Alousi kemudian menambahkan: Dahi disebutkan secara spesifik di sini karena Abu Jahal mempunyai kebiasaan yang sangat khusus untuk menjaga bagian tubuhnya ini dengan selalu menyisir dan memberi wewangian (dalam budaya Arab, menangkap bagian dahi adalah merupakan penghinaan yang sangat besar), dan secara simbolis Allah akan menghinakan betul Abu Jahal.

Menurut riwayat Ahmad, dalam sebuah hadis, Rasul bersabda: “Ya Tuhanku, aku adalah hamba-Mu, dan anak dari hamba-Mu dan anak dari hamba perempuan-Mu, dahiku berada di tangan-Mu,…”. Hadis ini menunjukkan bawa nasib seseorang dan dahinya berada di tangan Allah, dan memperkuat tentang betapa pentingnya peranan dahi dalam memandu dan mengontrol sifat-sifat manusia. Jadi mengapa Allah memberi petunjuk bahwa dahi pada tubuh manusia begitu penting? Bagian-bagian apakah yang ada di balik dahi manusia sehingga bagian ini begitu penting untuk mempertanggungjawabkan sifat manusia dan akan mengontrol sifat-sifat kebenaran dan kebohongannya, baik dan buruk, bila sesorang dapat mengendalikannya? Ini dijelaskan dalam buku Gray Anatomy karangan Warwick & Williams.

Fakta akademis tentang otak

Otak manusia terdiri atas lapisan (lobes) seperti berikut (lihat gambar):

1- Frontal lobe (lapisan depan)

2- Occipital lobe.

3- Temporal lobe.

4- Parietal lobe.





Otak dengan lapisan yang berbeda

Setiap lapisan memiliki fungsi berbeda yang satu sama lain saling komplementer dalam mengatur fungsi bagian tubuh manusia lainnya. Frontal lobe ternyata diketahui sebagai (kecuali pada binatang) yang bertanggungjawab atas sifat dan perkembangan kemampuan berbicara. Frontal lobe adalah lapisan besar terletak di bagian depan dan galur pusat dan memiliki lima pusat saraf yang lokasi dan posisinya berbeda. Pusat saraf ini adalah:

1- Primary Motor Area yang membantu pergerakan bebas otot-otot di bagian kiri tubuh manusia.

2- Secondary Motor Area yang membantu pergerakan bebas otot-otot di bagian kanan tubuh manusia.

3- Frontal Eye Field yang membantu pergerakan mata ke beberapa arah secara harmonis.

4- Motor Speech Area yang mengkoordinasi gerakan organ-organ untuk bicara seperti tenggorokan, lidah dan muka.

5- Pre-Frontal Cortex, yang terletak tepat di belakang dahi, merupakan bagian terbesar dari frontal lobe dan berfungsi untuk membentuk sifat-sifat seseorang, dan memiliki efek dalam menentukan kemampuan mengambil inisiatif dan mempertimbangkan sesuatu (judgement).

Karena prefrontal cortex terletak tepat di belakang dahi yang sangat dalam, bagian ini mengontrol sifat-sifat manusia seperti kejujuran dan kebohongan, benar dan salah, dan kemampuan membedakan di antara sifat-sifat tersebut.

Studi elektronik yang dilakukan pada otak dan kajian atas fungsi-fungsi elektrik organ tubuh manusia membuktikan bahwa frontal lobe baik pada manusia maupun binatang dapat rusak yang sering menyebabkan degradasi kemampuan mentalnya. Kerusakan pada frontal lobe ini dapat merubah sifat asli manusia sampai pada suatu tingkat sehingga dia mampu melakukan perbuatan jahat yang merusak prinsip-prinsip moralnya, memorinya, dan kemampuannya untuk mengatasi problem-problem mentalnya.

Frontal lobe pada otak manusia dipercaya sebagai pusat pengendali inisiatif manusia untuk berbohong. Semua aktifitas mental berbohong dilakukan di dalamnya dan kemudian ditransfer ke organ-organ penyampai melalui tindakan kebohongan. Rencana-rencana jahat juga dilakukan dalam frontal lobe ini sebelum ditransfer ke organ-organ pelaksananya. Dalam Ensikopedia Britannica, frontal lobe dikatakan bertanggung jawab atas semua tindakan jahat dan merupakan pusat pengendali dan kontrol.

Jadi ayat Al-Qur’an dan Hadis di atas memang mengacu secara akurat pada frontal lobe yang terletak di balik dahi manusia yang dalam yang merupakan pusat pengendalian dan kontrol perbuatan manusia yang berhubungan dengan kejujuran, kebohongan, baik, buruk dan keseimbangan di antaranya. Ini ternyata telah dapat dibuktikan oleh studi-studi ilmiah di paruh ke dua abad 20 yang lalu.

Fakta ilmiah lain tentang otak

Otak dikelilingim oleh tiga membran yang di antaranya terdapat apa yang dinamakan cerebral spinal fluid (CSF), yang berfungsi untuk melindungi, memberi nutrisi, dan menjaga suhu otak (mendinginkan).





Otak berenang di atas cerebral spinal fluid (CSF) yang dikelilingi oleh 3 membran

Telah diketahui bahwa otak di balik tengkorak kepala kita mempunyai bobot 50 gram, meskipun bobot sebetulnya adalah 1.700 gram. Prinsip ilmu fisika mengatakan bahwa volume sebuah benda yang mengapung di atas cairan adalah sama dengan volume cairan yang tumpah (berpindah). Inilah keajaiban kekuasaan Allah, karena kita tidak merasakan berat otak kita yang sesungguhnya karena otak kita berenang di atas CSF ini, yang datang dari bagian khusus di otak kita juga yang dinamakan “the corogy plexus”, dan berotasi di dalamnya dan muncul di bagian lain yang merupakan jaringat air lokal. (domestic water net). Siklus ini terjadi lima kali sehari. Sebagaimana umat Islam lakukan setiap sebelum sholat, otak kita juga dicuci lima kali sehari!

Kita bersujud dengan meletakkan bagian frontal lobe di hadapan Allah karena frontal lobe inilah pusat pengambilan keputusan. Ketika seorang muslim sujud dan menyembah Allah, maka dahinya dan dirinya dipersembahkan pada Allah untuk hanya hal yang benar dan haq.



Terjemahan bebas dari tulisan Dr. Sharif Kaf Al Ghazal berjudul: Reflections on the Medical Miracles of the Holy Quran.

kredit to http://www.lintasberita.com/Sains/Kenapa_Dahi_Penting_saat_Wudlu_dan_Sujud_-1

-Fungsi Otak Bahagian Ubun-ubun-

"Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka). Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. "
(Al-’Alaq: 15-16)


Imbasan yang dilakukan ke atas otak manusia menunjukkan bahawa otak orang yang sedang bercakap bohong kelihatan berbeza dengan otak orang yang sedang bercakap benar.
Kajian yang dibuat dengan menggunakan pengimejan dengan menggunakan getaran magneti (atau fMRI) bukan sahaja menunjukkan apa yang berlaku kepada otak apabila seseorang sedang menipu, ia juga membolehkan penciptaan alat mengesan penipuan.
Terdapat banyak kawasan-kawasan yang unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh diukur dengan kaedah fMRI.

Satu kajian telah dilakukan ke atas 10 orang secara sukarela. Enam orang daripada mereka diarahkan untuk menembak dengan menggunakan pistol mainan dan diminta untuk menipu bahawa mereka tidak melakukannya.
Tiga orang yang lain diminta untuk melihat perbuatan menembak oleh ke enam-enam orang tersebut tersebut dan diminta untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Aktiviti otak mereka dikesan menggunakan fMRI.

Terdapat perbezaan aktiviti otak yang jelas antara otak orang yang menipu dengan otak orang yang bercakap benar. Dalam otak penipu terdapat tujuh kawasan yang aktif dan hanya empat kawasan otak yang aktif bagi orang yang bercakap benar.
Secara umumnya, otak akan berusaha lebih keras lagi untuk menipu berbanding dengan bercakap benar kerana penipuan menyebabkan berlakunya aktiviti di bahagian hadapan otak yang merangkumi bahagian medial inferior dan pre-central area dan hippocampus dan juga kawasan temporal tengah dan juga kawasan limbic.
Begitu juga semasa bercakap benar, terdapat juga aktiviti dibahagian otak hadapan, temporal lobe dan cigulate gyrus.

**Sains dan Islam penguat iman**

kredit to http://nurspecial.blogspot.com/2008/11/fungsi-otak-bahagian-ubun-ubun.html