Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog 1001cures.biz,
Selamat hari raya kepada anda semua dan sentiasalah berhati-hati di jalan raya..sudah pasti ramai yang telah kembali ke tempat kerja masing-masing. Pada kali ini saya ingin mengulas sedikit tentang kehebatan quantum pendant meningkatkan keupayaan ‘libido’ atau tenaga seksual kaum lelaki. Hehehe..bila sebut pasal tenaga seksual saya jamin mata kaum adam akan terbeliak dan kalau tak terbeliak pun telinga akan di pasang luas2. Maklumlah, senjata utama..siapa tak sayang.
Maka sudah tepatlah saluran ulasan saya pada kali ini, iaitu bagaimana tenaga seksual lelaki boleh di tingkatkan dengan menggunakan quantum pendant yang merawat melalui medium tenaga. Apabila di fikir2kan balik..dari mana datangnya syahwat?..sudah pastinya daripada tenaga kan?..maknanya ghairah seksual adalah merupakan satu bentuk tenaga yang di hasilkan oleh badan kita apabila kita mendapat ransangan daripada mana-mana sumber. Maka kesimpulannya, keinginan seksual yang lemah adalah berpunca daripada kekurangan atau kelemahan tenaga yang mencetuskan ghairah seks.
Maka bertepatanlah dengan fungsi quantum pendant yang meningkatkan aliran tenaga di dalam badan manusia.
Saya belum lagi mengulas tentang 7 pusat tenaga yang terdapat pada tubuh badan manusia. Mmm..saya akan menjelaskan secara ringkas sahaja kerana pada ‘post’ kali ini saya mahu fokus kepada tenaga seksual. Secara mudahnya badan manusia mempunyai 7 pusat tenaga yang di kenali sebagai ‘chakra’ atau dalam bahasa melayu di terjemahkan sebagai ‘piring’ atau ‘putaran tenaga’. Ketujuh-tujuh pusat tenaga ini terletak dari hujung rambut sampai lah ke hujung tulang ‘sulbi’.
‘Chakra’ atau pusat tenaga badan manusia.
Sememangnya amat panjang lebar untuk di terangkan berkenaan ketujuh-tujuh pusat tenaga berkenaan. Tetapi saya hanya akan menerangkan secara ringkas sahaja. Setiap pusat tenaga tersebut mempunyai nama dan panggilan tersendiri, yang paling uniknya mereka di bahagikan kepada kategori warna-warna tertentu.
1. Ungu atau Putih – Mewakili bahagian kepala hingga ke bahagian luar kepala. kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar pituitari yang berfungsi mengawal semua kelenjar hormon dalam badan manusia. Gangguan tenaga pada bahagian ini boleh menyebabkan barah otak, migraine, gangguan mental, lemah fikiran dan sebagainya.
2. indigo – Juga di kenali sebagai ‘mata ketiga’, berada di antara 2 kening. Kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar Pineal yang berfungsi mengawal pengeluaran hormon melatonin ke dalam darah manusia. Hormon ini mengawal tahap kesilauan mata anda. Gangguan pada bahagian ini boleh menyebabkan anda mengalami masalah untuk tidur, pening kepala kerana silau, migrain, katarak, rabun dan sebagainya.
3. Biru – Mewakili bahagian leher dan halkum. Pusat tenaga yang berkaitan dengan keupayaan komunikasi dan pertumbuhan manusia. Kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar Tyroid yang terletak pada halkum yang berfungsi merembeskan hormon thyroxine, triiodothyronine dan calcitonin ke dalam darah manusia. Hormon-hormon tersebut berfungsi mengawal kadar metabolisma badan manusia dan mengawal pertumbuhan tubuh badan. Gangguan tenaga pada bahagian ini boleh menyebabkan penyakit lemah tenaga, gout, gangguan perkembangan fizikal seperti terencat (terlalu kurus), obesiti (kegemukan), beguk (pada leher) dan sebagainya.
4. Hijau – Mewakili bahagian dada, paru-paru, jantung dan hati. Kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar Thymus yang terletak betul-betul di belakang tulang dada. Berfungsi merembeskan hormon yang mengaktifkan sel-sel T. Sel-sel T adalah sel yang mengawal serangan unsur luaran di dalam badan manusia. Sel-sel inilah yang memainkan peranan penting menjadi benteng kepada serangan penyakit. Paling mudah di fahami di kenali sebagai antibodi. Virus HIV menyerang sel-sel T ini yang menyebabkan sistem daya tahan terhadap penyakit menjadi tidak berkesan. Akhirnya pesakit akan mati kerana penyakit-penyakit yang ringan seperti selsema, demam dan sebagainya. Gangguan tenaga pada bahagian ini boleh menyebabkan stress, tekanan perasaan, penyakit jantung, asma, penyakit hati, darah tinggi, strok, penyakit berkaitan darah, barah dan lain-lain.
5. Kuning – Mewakili bahagian sekitar perut. Pusat tenaga ini terletak pada bukaan laluan masuk makanan ke dalam perut. Kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar adrenal yang berada di atas kedua-dua belah buah pinggang dan kelenjar pankreas yang berada berdekatan dengan hati (ulu hati). Kelenjar adrenal berfungsi merembeskan hormon adrenalin ke dalam aliran darah manusia. Hormon tersebut berfungsi mengawal tindak balas tubuh badan manusia apabila berada dalam keadaan ketakutan. Hormon ini lah yang mampu menyebabkan seseorang itu lari lebih laju daripada anjing apabila berada dalam saat genting di kejar oleh anjing. Namun begitu, kehadiran hormon adrenalin yang terlalu banyak di dalam aliran darah menyebabkan manusia mengalami penyakit gugup dan gementar atau darah gemuruh. Selalunya dapat di lihat pada keadaan tangan yang menggeletar dan berpeluh-peluh. Kelenjar pankreas pula berfungsi merembeskan hormon insulin ke dalam darah sebagai pengimbang kandungan gula di dalam darah. Gangguan aliran tenaga pada bahagian ini boleh menyebabkan banyak penyakit seperti kencing manis, hilang keyakinan diri, gementar yang melampau, gangguan usus (kecil dan besar), penyakit buah pinggang, batu karang, gastrik, ulser perut, darah tinggi dan sebagainya. Sebab itu ada hadis yang mengatakan ‘perut adalah tempat bersarangnya segala penyakit’.
6. Jingga (oren) – mewakili bahagian ‘sacrum’ atau tulang pinggang (tengah) yang menghala ke tulang sulbi. Kelenjar hormon yang terlibat adalah kelenjar ovari (perempuan) dan testis (buah zakar lelaki). Kedua-dua kelenjar tersebut berfungsi mengeluarkan hormon seksual ke dalam aliran darah manusia yang mengawal tahap kesuburan,sifat jantina, kreativiti, emosi dan peredaran mood manusia. Gangguan aliran tenaga pada bahagian ini boleh menyebabkan penyakit ketidaksuburan, keputihan, sukar dapat anak, emosi terganggu, penurunan tahap keinginan seksual, sperma yang lemah dan sebagainya.
7. Merah – Mewakili bahagian di antara bawah organ seks (zakar dan faraj) dan lubang dubur. Kawasan tersebut di kenali sebagai ‘perrineum’. Walaupun pada kawasan ini tidak mempunyai kelenjar hormon tetapi terdapat otot yang amat penting untuk tujuan seksual. Otot tersebut di kenali sebagai ‘Pubococcogeus’ yang merupakan otot kemut. Cuba anda lakukan latihan kemutan ini untuk memastikan tahap kekuatan tenaga yang akan di salurkan ke organ seksual anda benar-benar mencukupi. Tarik nafas, rapatkan kaki dan kemutkan otot tersebut (lakukan seperti menahan rasa nak kencing) tahan selama 3-5 saat atau dalam kiraan 10. Ulang latihan ini sebanyak 10 kali. Anda akan mendapati organ seksual berasa lebih hangat berbanding sebelumnya (praktikal untuk lelaki dan perempuan). Kegagalan atau gangguan aliran tenaga pada bahagian ini menyebabkan tahap keinginan seksual dan ghairah menurun, pancutan awal (bagi lelaki), ngilu pada alat kemaluan semasa hubungan seks, zakar gagal tegang dalam jangka masa yang lama, sukar tegang, memakan masa untuk tegang semula, tahap tegang yang lemah, laluan kemaluan menjadi longgar(perempuan), terlalu banyak air (pelincir kemaluan perempuan), sukar untuk mancapai puncak (bagi perempuan) dan sebagainya.
Gambarajah kelenjar-kelenjar hormon di dalam badan manusia.
Fuyyooo..
Baru penerangan secara ringkas tapi dah penat jari-jari ni menaip. Yang saya nak fokuskan adalah pusat tenaga yang bernombor 6 & 7 iaitu yang berwarna jingga dan merah. Fungsi quantum pendant adalah amat penting untuk membaiki dan meningkatkan aliran tenaga terus kepada kelenjar dan otot yang berkenaan. Berdasarkan daripada pengalaman seksual beberapa pengguna quantum pendant (pelanggan 1001cures.biz), mereka menyifatkan pemakaian quantum pendant sebelum melakukan hubungan seks meningkatkan tahap keinginan seksual dan ghairah. Manakala, pemakaian quantum pendant semasa hubungan seks meningkatkan masa melakukan seks (tahan lama) berbanding sebelum pemakaian, alat kelamin juga mudah tegang dan tahap ketegangan juga lebih baik berbanding sebelumnya.
Secara kesimpulannya, Quantum pendant membantu masalah seksual dengan meningkatkan tahap tenaga yang di perlukan sebelum dan semasa melakukan hubungan seks.
ya memang berkesan...........saya da 2 tahun menggunkn pendant
ReplyDeleteBoleh tahu energi yang diolah seperti apa?apa setiap pengolahan tenaga dalam juga mempunyai potensi yang sama dengan kuantum pendantnya?
ReplyDelete