jom buat duit..beLAJAR DARI maWARDEE JOM22

Monday, April 27, 2009

IQ and EQ

Apa itu IQ ?

IQ adalah akronim bagi Intelligent Quotient, ia merujuk kepada
markah yang diperolehi semasa mengadakan ujian standard
bagi beberapa orang atau kanak-kanak, dan markah tersebut akan dikira
mengikut pengiraan markah yang dijawab oleh seseorang atau kanak-kanak
tersebut , contohnya, kanak-kanak berumur 10 tahun
mendapat markah setaraf atau lebih tinggi dari kanak-kanak 13 tahun,
maka kanak-kanak tersebut mempunyai IQ pada kadar mengikut kiraan
seperti dibawah.*

*

Contoh
mengira IQ* , sekiranya seorang kanak-kanak berumur 10 tahun
memperolehi markah setaraf dengan kanak-kanak berumur 13 tahun, maka
pengiraannya 100 x 13 bahagi 10 = 130, maka IQ kanak-kanak yang berumur
10 tahun tersebut ialah 130.

Seseorang
yang mempunyai IQ yang tinggi tidak semestinya mempunyai EQ yang tinggi
juga, kerana IQ hanyalah ukuran untuk menilai kepandaian seseorang
didalam bidang ilmiah seperti bidang mathematik dan sains, ia bukanlah
merujuk pada emosi dan lain-lain skil.

Ujian IQ ini dicipta oleh
seorang Ahli psikologi Peranchis, Alfred Binet pada tahun 1905.


Apa itu EQ ?

EQ adalah akronim bagi Emotional
Quotient
atau juga di sebut emotional intelligent.
EQ ialah mengenai kapasiti seseorang mengawal emosi diri sendiri dan
juga berkebolehan mengawal emosi orang lain, seseorang yang mempunyai
tahap yang tinggi EQnya selalunya akan menjadi pemimpin didalam satu
kumpulan atau komuniti.

EQ
memainkan peranan untuk menjadikan seseorang itu lebih berjaya didalam
kehidupan, perhubungan dan juga karier. Sekiranya seorang pelajar itu
mempunyai tahap EQ yang baik, ia mampu mengawal diri dari dari terjebak
kearah aktiviti tidak sihat, berkebolehan dan mempunyai skil sebagai
pemimpin.

Mengikut
kajian juga tidak semestinya seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi ,
juga mempunyai EQ yang baik. Ini ialah kerana IQ ialah kebolehan
mengira, menghafal dan lebih kepada kepandaian akademik semata-semata
tapi EQ pula ia menjurus kearah kawalan emosi, skil, pergaulan, mampu
mengawal emosi sendiri dan orang lain dan kecenderungan untuk menjadi
ketua didalam satu-satu kumpulan.

Bagaimana Penawar Homeopathy Membantu Otak?

Homeopathy Biochemic Cell
Salt (garam tisu) mengimbangi dan memelihara hormon penting
iaitu adrenalin (ephinepherine), norepinephrine, atau dopamine.
Ini ialah kerana Biochemic Cell Salt (garam tisu) adalah Potassium
Phosphate (kalium Phosporicum) adalah sebahagian dari sel-sel didalam
otak. Apabila adrenalin pada tahap yang terbaik otak juga berfungsi
dengan baik maka keseluruhan tubuh mendapat manfaatnya.


saraf elektrik (electrical nerve)

Otak
mempunyai 100 billion sel yang kebanyakkannya terdiri dari saraf-saraf
(nerve). Pada asasnya saraf-saraf in boleh dikawal bila anda ingin
membuka / tutup, semacam suis lampu di rumah anda, saraf ini (tutup)
bila anda berehat atau tidur dan akan (buka) bila saraf itu

mengeluarkan
atau mencetuskan impuls kearah badan sel yang terdiri dari satu saraf
(atau wayar kecil) kecil yang panjang di panggil “axon” dan dihujungnya
akan mengeluarkan kimia ke “synapse” di mana akan mencetuskan satu lagi
neurons untuk menghantar mesej, sepanjang proses itu berbilion “axon”
memproses kuantiti kecil caj elektrik yang dianggarkan kuasa
elektriknya seakan mentol elektrik 60 watt!.


Sel saraf

Disinilah zat
Potassium phosphate (kali.Phos)
diperlukan untuk melancarkan aliran elektrik tersebut. Alat untuk
mengukur aktiviti elektrik didalam otak dipanggil EEG
(electroencephalograph).

Info:


·

axon
(akson) suatu serat saraf, satu unjuran yang memanjang dari badan ke
sel neuron dan membawa impuls-impuls saraf jauh darinya

  • Synapse
    (sinaps), ialah celah yang amat kecil pada hujung suatu serat saraf dan
    melaluinya impuls-impuls saraf melintas dari suatu neuron ke neuron
    berikutnya. Apabila sampai ke sinaps, suatu impuls menyebabkan
    pembebasan satu neurotransmitter yang meresap seberang celah sinaps dan
    mencetuskan suatu impuls elektrik pada neuron berikutnya
    .

neuron

Setiap
dari berbilion neuron itu akan “memuntahkan” kimia yang akan
mencetuskan neuron-neuron baru. Setiap neuron menggunakan kimia yang
berlainan, kimia in dipanggil "transmitters", dan diberi nama seperti
epinephrine, norepinephrine, atau dopamine.

Memang
terdapat segelintar insan yang dianugerah Allah dengan kadar IQ yang
tinggi, tetapi golongan ini tidak ramai. Percayakah anda ? Anak-anak
anda yang dilahirkan dengan kadar IQ yang biasa (average) boleh
menjadi anak-anak yang genius?.

Saya sering berhadapan jawapan dari
segelintir ibu bapa seperti ini,

“anak saya tidak makan apa-apa ubat pun,
tapi score 5A”

Memang
benar anak-anak itu mampu memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam
peperiksaan, tapi tahukah anda minda juga memerlukan nutrisi atau
“baja” bagi mencetus impuls-impuls positif.

Kekurangan
zat nutirisi menjadikan anak-anak itu seorang murid yang pasif dan
hanya pintar sewaktu menjawab peperiksaan kerana, soalan peperiksaan
adalah hasil dari latihan ulang kaji dan latih tubi. Anak-anak itu akan
menjadi seperti robot yang mahir menjawab soalan sahaja, tetapi mereka
tidak ada pencetus untuk berdikari di masa zaman pekerjaan mereka nanti.

Apa
itu adrenalin?, adrenalin ialah hormon terpenting yang dirembeskan oleh
bahagian medulla kelenjar adrenal. Ia mempunyai kesan-kesan yang meluas
ke atas peredaran, otot-otot dan metabolisme gula. Tindakan jatung
bertambah, kadar dan tingkat pernafasan bertambah, kadar
metabolik meningkat: daya pengecutan otot bertambah baik manakala
permulaan kelesuan otot diperlambatkan. Pada masa yang sama bekalan
darah ke pundi kencing dan usus-usus dikurangkan.

Sementara
norepinephrine (norepinefrin) atau noradrenaline (noradrenalin) ialah
hormon yang berhubung rapat dengan adrenalin, dirembeskan oleh medulla
kelenjar adrenal dan juga dikeluarkan sebagai satu neurotransmitter
pada hujung saraf simpatetik. Di antara tindakan-tindakannya ialah
penyempitan pembuluh darah kecil – pembuluh darah yang mengakibatkan
kenaikan tekanan darah sekiranya proses ini tidak terkawal. Dopamine
ialah sebagai agen penghantar.K

Kesimpulannya komputer yang direka oleh
manusia bukanlah tandingan bagi otak manusia yang dicipta oleh Allah.

No comments:

Post a Comment