Gementar terpancar pada pancaindera kita. Apabila anda gementar selalunya kaki mengeletar, mulut pucat, muka merah, perut rasa kosong, tekak menjadi kering, sering batuk, anda berasa loya, tangan berpeluh, anda berasa seram sejuk, pandangan menjadi kabur dan sebagainya.Ini beberapa situasi anda berada di dalam gementar. Bagaimana mengatasinya ? Sekiranya mulut dan tekak anda kering, pastikan anda siap sedia dengan segelas air untuk di minum. Sekiranya tangan anda mengeletar, dinasihatkan perlulah mengelak daripada memegang apa- apa material seperti pen, nota atau sebagainya untuk dipegang kerana bila anda memegang apa- apa material, kegugupan anda akan lebih terserlah dan dapat dikesan oleh audien. Sekiranya kaki anda terketar-ketar, dinasihatkan anda berucap menggunakan “rostrum”. Ini dapat menyembunyikan kaki anda yang kuat mengelentar. Insyallah anda dapat atasi gementar anda dengan tenang. Sebaiknya juga anda mendapat nasihat dari mereka yang sudah lama terlibat dalam bidang pengucapan awam, bertanya tentang cara mereka mengurus ketakutan mereka. Kegugupan dan perasaan gementar boleh diubat dengan beberapa siri latihan dan pengalaman anda. Paling penting anda perlu terus cool, tenang dan jangan tertekan.
Bila Rasa Gementar, Aktifkan dirimu. Apabila anda menggerakkan anggota badan anda secara tidak langsung boleh mengurangkan perasaan gementar. Anda boleh berjalan ke kiri atau ke kanan, berjalan ke arah audience supaya saluran darah anda aktif. Apabila salur darah anda aktif, ia akan menambahkan kekuatan badan anda. Badan yang sihat, cergas serta aktif akan menambahkan kuasa dalaman anda untuk menambahkan keyakinan anda. Anda juga boleh lakukan sedikit senaman ringan untuk meredakan keadaan tersebut.
Ref: http://hariridaud.wordpress.com/category/tips-komunikasi/page/2/
No comments:
Post a Comment