Jenis minuman beralkohol umum digunakan sebagai bumbu (bahan perasa) masakan adalah anggur, arak dan seumpamanya. Jenis bahan ini banyak digunakan dalam campuran masakan Barat daripada masakan oriental seperti Cina, Jepun, dan Korea.
Penggunaan minuman beralkohol dalam kuih, umumnya untuk memberikan rasa dan aroma tertentu. Penggunaan minuman beralkohol sebagai campuran makanan dan minuman cukup luas dalam pelbagai bentuk yang sering tidak disedari oleh pengguna.
Menurut peraturan syarak, semua bahan yang tergolong khamar hukumnya haram digunakan, sekali gus dikatakan sebagai najis (seperti juga dadah). Oleh itu, penggunaan khamar dalam jumlah yang sedikit tetap juga haram.
Minuman beralkohol jelas termasuk kategori khamar. Segala bahan yang memabukkan adalah haram. Bukan saja ia memabukkan, malah boleh menyebabkan kematian. Penyelidikan menyatakan, pada kandungan 0.05 - 0.15 peratus etanol dalam darah peminum akan mengalami kehilangan keseimbangan (akal), pada kandungan 0.15 - 0.20 peratus etanol menyebabkan keracunan, pada kandungan 0.30 - 0.40 peratus peminum boleh hilang kesedaran dan pada kandungan lebih tinggi lagi iaitu 0.50 peratus boleh menyebabkan kematian.
Minuman beralkohol diproses dengan cara fermentasi (pemeraman) khamar dari bahan baku mengandungi pati atau gula yang tinggi. Bahan baku adalah bijian seperti jagung, beras, gandum, dan barli, ubi seperti kentang dan ubi kayu, buah-buahan seperti anggur, epal juga tanaman seperti kelapa, nipah, gula tebu daripada gula bit serta molases. Bahan itu diproses dengan cara merendam kemudian direbus dan diproses menjadi bubur dan dimasak semula.
Jenis minuman beralkohol ialah wain dan brandi yang dibuat dari buah anggur. Dari jus epal dapat dibuat minuman cider. Di Amerika dan Kanada, cider atau sweet cider adalah istilah untuk jus epal yang tidak difermentasikan, sedangkan jus epal yang difermetasikan disebut hard cider. Di United Kingdom istilah cider selalu digunakan untuk minuman beralkohol. Tetapi di Australia, istilah cider digunakan untuk produk beralkohol. Hasil cider dengan proses pembekuan menghasilkan produk yang dinamakan applejack.
Arak (bir) secara umum dibuat daripada barli. Tetapi dapat juga dibuat daripada campuran pelbagai jenis biji-bijian. Minuman beralkohol yang dibuat daripada campuran beberapa jenis bijian dikenali dengan nama wiski. Jenis wiski seperti scoth, rye dan bourbon digunakan dengan tambahan bijian adalah barli dan kadang-kala oat.
Lamanya proses fermantasi (pemeraman) bergantung kepada bahan dan jenis produk dihasilkan. Proses pemeraman singkat berlaku sekitar satu dua minggu dapat menghasilkan produk dengan kandungan etanol 3-8 peratus, contohnya seperti bir (arak). Bagi pembuatan wain mengalami proses pemeraman lebih panjang hingga mencapai waktu berbulan-bulan atau juga bertahun-tahun lamanya dengan kandungan etanol sekitar 7-18 peratus.
Kandungan etanol yang dihasilkan dalam pemeraman minuman beralkohol biasanya berkisar sekitar 18 peratus kerana pada umumnya khamar tidak dapat hidup pada lingkungan dengan kandungan etanol di atas 18 peratus.
Jadi untuk menghasilkan minuman beralkohol dengan kandungan etanol lebih tinggi, dilakukan proses distilasi terhadap produk yang dihasilkan melalui proses pemeraman itu.
Dengan mengenali jenis minuman beralkohol seperti di atas itu, diharapkan pengguna Muslim menghindari atau mengelakkan diri daripada menggunanya, kerana ia jelas barang ditegah syarak.
Selain minuman beralkohol, ada juga masakan menggunakan alkohol seperti pembuatan kuih. Contohnya Rum, adalah sejenis khamar yang sangat popular digunakan dalam pelbagai jenis kuih, seperti kek blackforest dan pelengkap puding. Di dalam pelbagai jenis kuih yang terkenal di Barat, wiski juga lumrah digunakan sebagai campuran kuih.
Salah satu jenis kuih yang cukup popular waktu ini ialah ‘biramisu’ yang resepi asalnya menggunakan jenis minuman beralkohol. Berbeza dengan masakan, penggunaan khamar dalam pembuatan kuih cukup mudah dikenali rasa dan aromanya, kerana itu memang tujuan utama penggunaannya. Kek blackforest menggunakan rum dan memiliki rasa khas yang cukup menyengat.
Penggunaan bahan itu tidak dapat mendidik masyarakat untuk meninggalkan penggunaan produk haram, malahan lebih menyulitkan lagi kerana ada pembuatan bahan haram dalam kuih itu seperti yang ada di pasaran sekarang.
Penggunaan pelbagai jenis minuman beralkohol atau makanan berunsur bahan khamar, sebenarnya dapat dihindari atau dielakkan dan dicarikan bahan ganti berstatus halal.
Pada pendapat anda, bagaimana pula dengan makanan Melayu yang disebut TAPAI sama ada yang diperbuat dari beras / ubi? Beri pendapat anda sama ada ia haram atau tidak.
No comments:
Post a Comment